Monday, August 18, 2008

Peluang Buat Duit

Kebanyakan orang melayari internet untuk tujuan hiburan, mendapatkan maklumat, berita-berita yang tidak masuk akhbar kawalan kerajaan dan membaca blog kawan-kawan. Ramai juga pelajar-pelajar yang menggunakan internet untuk mencari bahan bacaan dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Sumber maklumat dalam Internet memang tidak terbatas. Dalam keghairahan mencari hiburan dan maklumat ramai juga yang melencong dari niat asal mereka. Mereka mencari peluang-peluang yang terbuka luas untuk mereka mengorek dan melombong duit sebaik mungkin. Mencari duit di internet bererti menjadikan internet sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan. Ramai juga bergantung sepenuhnya kepada internet untuk mendapatkan rezeki. Peluang dan ruang yang terbuka seluas-luasnya di internet menjadikan ramai orang menggunakannya sebagai kesempatan untuk mencari duit dan membina empayar kewangan sendiri. Dell misalnya, bisnes mereka sebenarnya mengambil order melalui telefon sahaja. Selepas itu apabila pengguna internet semakin ramai Dell tidak ketinggalan untuk mengembangkan bisnes mereka melalui internet. Tengoklah kejayaan Dell sekarang. Antara syarikat yang masih kukuh dan berjaya menggunakan sepenuhnya kemajuan internet. Banyak lagi syarikat-syarikat gersasi yang bisnes keras(core business) mereka menggunakan internet.

Peluang yang terbuka luas jika dilepaskan dan dibiarkan orang lain yang akan merebutnya. Banyak peluang yang bukan lagi rahsia untuk mencari duit di internet. Komuniti duit misalnya, turut menyediakan ruang dan peluang untuk kita mencari duit di internet.

1 comments:

Seekers said...

yer..betul tu..
info yang bagus ni..sangat berguna bagi newbie yang ingin berkenalan dengan buat duit interet.. Maklumlah, zaman skrg ni semakin ramai yang minat untuk kerja sambilan melalui internet.. Mcm yang kita tau, dunia internet ni tanpa sempadan, dan peluang terbuka dgn luasnya.. Cukup rugi jika kita x ambil 1% dr peluang itu..

Adios,
Kerja Sambilan