Friday, June 19, 2009

Online Banking Phising extra Carefull

Awas! Pengguna CIMBClicks
Salam semua ... Jangan takut bila baca entry kali ni ada Awas! ... hehehe ... Actually saya just nak kongsi tentang CIMBClicks ni ... maksud saya penggunaan CIMBClicks di internet ... Harap dapat jadi perhatian buat mereka yang selalu membuat pembayaran secara online ...Beberapa hari yang lepas TV3 ada menayangkan berita tentang seorang kakitangannya yang tertipu apabila menerima email kononnya daripada Maybank ... dan lepas dia ikut arahan yang diberikan ... wang dalam akaunnya telah di transfer keluar secara online oleh pihak yang tak bertanggungjawab ... Hari ini saya juga menerima email seperti itu ... tapi dari CIMB (kononnya) ...


Kepada yang tak boleh klik pada gambar ... saya copy ayat email tu kat bawah ni ...Dear CIMB Bank customer,We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.Here's how to get started:

1. Log in to CIMBClicks online account (click here).

2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM. ( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.Please comply and thanks for understanding.© 2008 CIMB BankKalau dilihat sekali lintas ... kita akan percaya email tersebut memang dari CIMB sebab nama sender dia adalah CIMBClicks Team dan emailnya adalah support@cimbclicks.com. Siap kasi ayat untuk menakutkan pelanggan : "If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended"OK ... skarang mari kita ikut satu persatu arahan yang diberikan di dalam email tersebut.

1. Log in to CIMBClicks online account (click here).->Komen saya: bila click pada link yang diberikan memang akan masuk website CIMB yang sebenar sebab nak request TAC.

2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM. ( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )->Komen saya: kita akan terima TAC tersebut sebab request dari website yang betul.

3. Logout from your account and close the browser.->Komen saya: memang akan sukses untuk 3 steps dia atas ni sebab ianya adalah prosedur yang betul.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.->Komen saya: Kat sini bermulanya penipuan. Bila klik pada link 'secured server' yang diberikan ... sebenarnya ia redirect kita ke website lain. Cuba click & lihat apa address website tersebut. http://adsl-074-187-033-115.sip.mia.bellsouth.net/services/VerifyTAC/Login/. Kalau anda tak perasan memang akan tertipu sebab page yang dipaparkan memang menunjukkan logo CIMBClicks macam gambar kat bawah nih.Kalau anda memasukkan User ID, Password & TAC yang betul ... habisla anda ... sebab data yang dimasukkan akan diterima oleh pihak yang tak bertanggungjawab tersebut ... so mereka akan menggunkana User ID, Password & TAC anda untuk login ke CIMBClicks yang sebenar.Saya telah cuba memasukkan User ID, Password & TAC yang salah ... hasilnya, tetap berjaya login masuk & akan disuruh memasukkan maklumat tentang diri seperti dibawah.


Kalau anda masukkan maklumat sebenar ... maknanya mereka akan tahu maklumat anda ... so kalau pihak bank call untuk membuat pengesahan ... mereka sudah ada maklumat anda ... bijak sungguh diorang nih kan ...
Saya dah cuba masukkan maklumat yang salah & click submit. Hasilnya ... Sukses ...Akan kluar page Thank You seperti di bawah. Siap ada ayat "Thank you for understanding & collaboration. Please allow 48 hours to resolve the issue."


Selepas beberapa saat, page tersebut akan redirect semula ke page CIMBClicks yang sebenar. So kalau sesiapa yang tak perasan mmg takkan tau bahawa mereka telah ditipu.Kembali semula kepada arahan di dalam email untuk no 5.5. Please allow 48 hours for processing.->Komen saya: tempoh 48 jam dah cukup untuk diorang keluarkan wang dari akaun anda ... nak transfer boleh sebab diorang ada TAC anda ...
Rujuk webpage CIMB mengenai Phishing Scams ni:
https://www.cimbclicks.com.my/keepsave.htm

Pengajaran yang boleh dipelajari: Jangan sesekali klik pada link yang diterima dalam email. Kalau betul pihak bank nak update maklumat anda, sila berbuat demikian di cawangan bank tersebut. Tiada update yang dibuat secara online.Ingatan untuk diri saya & kawan semua.

Monday, June 1, 2009

Tuhan baru sembahan manusia hamba


Hishamuddin Rais | Apr 24, 09 4:08pm
Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan saat ini.

Semua Tun, Tan Sri, datin, pak haji, ayatollah, padri, sami, rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya sehingga umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalah transit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke-21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai "biji-biji saga" dan barangan kodi untuk mainan.

Manusia moden telah menjadi seperti toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ia mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksimum – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru, apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepung di tanah besar China telah membubuh melamin dalam tepung untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China, sanak-saudara mereka sendiri.

Justeru, apakah kita hairan apabila membaca berita di Sepanyol dan Portugal, ada pembekal minyak zaiton membubuh minyak hitam yang terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru, apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontraktor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh?

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisme. Keuntungan maksimum adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini, tuhan baru ini muncul di serata pelusuk dunia.

Tuhan ini akan berada di mana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis, termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu, air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, telefon, radio, tv – semua ini milik kita bersama. Semua ini hak milik negara, bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini telah diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelurkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini? Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabel-kabel Illuminati. Para pemikir daripada pelbagai think tank (kumpulan pemikir) ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin, jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa, diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antarabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini, para pemilik bank dari kabel Illuminati. Para pemilik bank yang telah mengumpulkan berbilion kertas dolar memerlukan pasaran pelaburan baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru.

Di Eropah barat, pasaran telah tepu. Maka kabel Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa buka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya, kita melihat harta negara kita – air, telefon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Rusia dan Eropah Timur. Negara-negara ini yang sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan diserang. Rusia dipecah-pecahkan. Perang dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah timur dijual kepada kaum pemodal antarabangsa.

Sesudah dasar penswastaan diterima pakai, kita mula terdengar apa yang dikatakan "dunia tanpa sempadan". Dunia tanpa sempadan ini agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah.

Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

"Tanpa sempadan" hanyalah untuk duit kaum pemodal masuk ke mana sahaja bagi memaksimumkan untung mereka. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu-gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksimum di mana sahaja di dunia ini. Dunia tanpa sempadan hanyalah untuk para pelabur antarabangsa "bermain tikam dan berjudi" di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga.
Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada 1997. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerobos masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, telefon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Courts, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDonald, Shell, Esso – semua ini milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke dalam pasaran kita melalui perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung. Perjanjian ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada 1819, sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada 1786, sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu, cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini - untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba - adalah manifesto Orde Baru Dunia.

Kabel-kabel Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strategi telah dirancang, semua telah disusun. Para pemilik bank di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan Orde Baru Dunia.

Lihatlah nanti bagaimana kabel-kabel Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Dalam perjanjian ini, tidak ada yang ‘free’ (percuma atau bebas). FTA ini akan memaksa kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabangsa mencari keuntungan maksimum.

Orde Baru Dunia ini adalah dunia baru di mana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan ini sedang diatur – Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico telah disatukan. Kemudian, seluruh selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ia akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepalai oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang, telah wujud Asean dan Apec untuk Asia, Kesatuan Afrika Union untuk benua tersebut, dan Kesatuan Negara Amerika Selatan untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi, manusia akan dicap dengan mikrocip. Tidak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Mikrocip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya mikrocip ini untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – hanya bercuti Sabtu dan Ahad.

Jika sopan dan tekun, mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, i-pod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis "biji-biji saga" yang dijanjikan.

Sila baca novel 1984 oleh George Orwell dan tontonlah filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini semua bukan dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Inilah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting.

Jika kita gagal untuk memahami garis dan strategi Illuminati, maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan, maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi.