Tuesday, August 26, 2008

Bajet 2009 - Harapan Baru Malaysia



Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pilihan Raya kecil parlimen Permatang Pauh bakal merubah perspektif ekonomi Malaysia yang kian merosot. Rakyat Malaysia sudah fed-up dengan kepimpinan Pak lah yang lemah dan lembab.

Inflasi sehingga 8 peratus amatlah membebankan semua lapisan Rakyat yang rata-rata berpendapatan rendah. Bagaimana rakyat boleh hidup dengan selesa jika kos sara hidup yang membebankan. Harga minyak dan barangan yang tidak menentu ....sentiasa naik tak turun-turun. Langkah kerajaan BN menurunkan harga minyak baru-baru ini merupakan gula-gula untuk mengumpan pengundi Permatang Pauh. Nampaknya pengundi lebih matang dalam menilai keikhlasan kerajaan BN.

Bajet 2009
yang akan di bentang di Parlimen pada 29 hb ogos nanti kononnya merupakan bajet perihatin untuk mengambil hati rakyat. Penagih-penagih rokok bolehlah mengumpul stok banyak-banyak... kerana harga barangan berasaskan tembakau dan alkohol akan mengalami kenaikan yang besar.

Kenapa bajet 2009 yang menjadi agenda kemuniti duit?. Kerana bajet 2009 nanti bakal berdepan dengan DSAI yang baru memenangi kerusi Permatang Pauh. DSAI akan di lantik sebagai ketua bagi pihak wakil rakyat pembangkang dari Pakatan Rakyat.

Bersempena dengan bajet 2009, kita juga perlu menilai bajet kita untuk tahun depan. Sediakan perbelanjaan dan pendapatan sekarang untuk menilai aset serta liabiliti yang kita terpaksa tanggung.

Technorati Profile

1 comments:

Capone said...

diharap akan ada era baru dalam ekonomi malaysia. Era yg jauh lebih baik, lebih mesra rakyat bumiputera (khususnya)