Sunday, August 10, 2008

Solat Subuh

Hari ini saya meletakkan bancian Solat Subuh. Solat merupakan anugerah yang amat ternilai dari Allah s.w.t kepada hambanya. Banyak pengertian yang amat bermakna boleh di pelajari dari amalan seharian kita itu. Dari keikhlasan hati hinggalah kepada pengurusan masa. Falsafah solat memang banyak yang tersirat...tetapi jika dah biasa mengamalkannya kita akan dapat merasakan kemanisan keimanan kita terhadap Allah s.w.t. Baiklah...Saya bukanlah seorang yang tinggi ilmu dalam hal agama tapi sedikit sebanyak tuh saya tahu juga. Nabi kita, Muhammad s.a.w amat mengambil berat tentang solat. Kerana solat mejadi kayu pengukur amalan kita di dunia ini. Jika di terima solat kita...maka amalan lain juga akan di beri ganjaran. Bagaimana kalau solat kita di tolak?... kemungkinan amalan kita yang lain akan tergantung antara langit dan bumi.

Jom Join Kelab Komuniti Duit

Falsafah Solat yang paling mudah yang saya faham adalah mengenai pengurusan masa. Sebagai seorang yang beragama Islam kita di fardukan solat lima waktu. Tiada agama yang begitu menitik beratkan hubungan Pencipta dengan Hambanya sehingga 5 kali sehari. Melainkan Islam. Sebab itulah Solat dikatakan Fardu Ain, iaitu ilmu menguruskan diri. Kita di ajar bersuci dan menjaga tatatertib untuk menyediakan diri kita sebaik mungkin sebelum menghadap Ilahi.

Solat Subuh merupakan pembuka hari kita. Jika kita bersemangat mengerjakannya kita akan terus bersemangat untuk bekerja dan mambuat tugasan kita dengan sebaik mungkin.

0 comments: