Monday, August 11, 2008

Masa

Firman Allah s.w.t yang bermaksud.

Demi MASA sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh
Dan berpesan-pesan dengan kebenaran
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran

Surah Al-Asy




Sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada Aqidah Islamiah. Hendaklah kita jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pendoman. Supaya amalan kita di dunia yang sementara ini akan bermanfaat di hari pengadilan.


Suka saya mengingatkan diri sendiri dan sahabat semua bahawa... Betapa begitu pentingnya MASA. Kalau tidak masakan Allah s.w.t begitu tekankan kerugian-kerugian yang semua orang akan alami jika tidak menitik beratkan masa. Bagaimana kalau kita tidak mahu terus kerugian. kenalah kita kembali kepada jalan Allah. Semak semula keimanan kita terhadap-Nya sebagai tuhan Yang Maha Agung. Muhasabahlah juga amalan-amalan kita, jika kekurangan amalan-amalan soleh... hendaklah kita memperbetulkannya. Sampai bila kita hendak hidup tanpa pendoman...terus hanyut menurut hawa nafsu dan bergelumangan dengan dosa!. Kita tidak akan rugi jika saling tegur menegur dan berpesan-pesan kearah kebaikan. Tegakkan keadilan. Telus dalam semua urusan.

Keh keh keh.... cam ceramah agama la rupa nyer yer. Tapi yang baik tuh memang patut kita jadikan iktibar.. Baiklah, Saya ingin bincang tentang masa. Kenapa saya pilih masa tuh saya pun kurang pasti tetapi bila lagi saya ada masa untuk ingatkan betapa pentingnya masa. Dari ayat tadi saya dapat faham semua urusan kita akan bermula dengan kerugian. Dan kerugian itu kita akan dapat atasi jika mempunyai asas dan prinsipal yang teguh. Kita juga senantiasa perlu menyemak operasi dan segala urusan harian kita. Dalam semua urusan, tanpa teguran dan nasihat kita seolah-olah syok sendiri. Tidak mempedulikan pendapat orang lain. . Jika terkeluar dari landasan yang betul..kita akan terus berada dalam kerugian.

Kesimpulannya...

Semua perkara bermula dengan kerugian. Binalah asas yang teguh. Keimanan yang jitu. Prosedur operasi hendaklah telus dan adil. Sentiasalah berbincang dan tegur-menegur untuk memperbetulkan apa-apa yang salah dan semoga kita semua tidak tergolong dalam mereka yang rugi di Dunia dan Akhirat.






Tahniah kerana anda ada masa untuk membaca Nukilan saya ini. Semoga sama-sama mendapat manfaat.

0 comments: