Konnichiwa, Gengki Desuka?. Hait!...hehehee Baik semua yer. Kita semua hidup dalam keadaan aman tenteram dan makmur. Bersyukurlah padaNya. Walaupun begitu kita perlu menyiapkan diri kita dengan ilmu survivor untuk terus hidup. Survivor untuk lunaskan hutang-hutang Bank, Along dan Pajak Gadai. Juga survivor untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kecelakaan. Orang-orang tua penah berpesan, Malang itu tidak berbau. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan sampan sebelum banjir.
Saya nak ceritakan satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Kisah seorang Professor yang terpaksa mengajar di sebuah pulau. Beliau terpaksa berulang-alik dari Tanah Besar dan pulau yang menjadi tempat beliau mencari duit dan sumber pendapatan. Setiap hari beliau akan menaiki sebuah bot yang di kemudi oleh seorang uncle. Please meet Uncle Hussin!....
Professor tidak pernah berpeluang untuk bersembang dengan uncle Hussin kerana ada beberapa penumpang lain yang menumpang bot Uncle Hussin. Suatu hari tuh hanya dia seorang yang jadi penumpang. Professor terus mengambil kesempatan untuk bersembang dengan Uncle Hussin.
"Uncle tau tak ilmu Kaji Hayat".... Ilmu Biology ler tuh.... Professor ingat Uncle Hussin tau. Uncle Hussin geleng kepala.. "Kalau cam tuh Uncle sudah kerugian suku hayat Uncle" sambil tersenyum kambing Professor itu berkata pada Uncle Hussin. Uncle Hussin diam jer sambil terus mengemudi bot yang menjadi punca pendapatannya itu.
"Uncle pernah dengar Ilmu Psikologi".... Ilmu Jiwa ler tuh... Professor mula nak menduga tahap psikologi orang tua tuh. Uncle Hussin geleng kepala juga. ekekke mudah aku nak psiko korang semua...hahhahha begitulah gamaknya fikir Professor tuh. "Kalau cam tuh Uncle macam sudah kehilangan separuh umur uncle!"...Uncle Hussin tetap diam juga...tengah fikir nak cari duit Internet gamaknya...ekkeke
"Uncle ada belajar Ilmu Astronomi".. huh korang pun bukannya tau kan...ilmu kaji bintang le tuh.... taik-taik bintang pun mereka kaji tau..ekekke. Uncle Hussin geleng kepala juga...manalah dia tau ilmu apa tuh... sekolah sampai darjah 6 jer... UPSR pun tak pass..ekekke "Kalau cam tuh, Uncle cam dah kehilangan tiga suku usia Uncle"....ekekkekekek ketawa besar Professor tuh dalam hati. Cukup seronok dia mengenakan seorang tua untuk menceriakan perjalanannya ari tuh...
Tetiba...jeng...jeng. Angin yang tadi sepoi-sepoi bahasa mula dah tak der bahasa. Awan yang tadi jenis komulus sinus dah jadi komulus kotangen. Ekekek tak paham ke.... Mendung berarak dan awan mula menunjukkan tanda-tanda ribut Nargis nak melanda. Ombak mula bergolak. Bot yang dikemudi uncle Hussin mula terumbang ambing. Muka Professor mula berubah warna. Pucat lesi macam mayat tersimpan lama dalam bilik beku. Uncle Hussin steady je...maklumlah dari kecil lagi beliau sudah masak dengan laut.
Uncle Hussin pun bersuara,"Hang nih tau berenang tak?". Professor tak menjawab tapi mengeleng-gelengkan kepalanya. Beliau dalam ketakutan yang amat sangat sampai tak boleh nak bukak mulut!. "Kalau cam tuh... Hang nih dah hilang SEMUA nyawa hang!" cam orang dah mati le kalau nak faham...kekekke
Lengkapilah diri anda dengan ilmu untuk hidup yang asas, belajarlah untuk menguruskan masa dan kewangan anda. Saya akan keluarkan ebook saya mengenai pengurusan duit tak lama lagi...sila tunggu...
0 comments:
Post a Comment