Saya telah menerima banyak komen dari rakan-rakan seperjuangan dan para pengunjung blog saya ini. Saya mengambil endah untuk semua teguran. Apa pun, saya akan berusaha untuk menyalurkan maklumat dan menulis kisah-kisah teladan untuk memberikan motivasi kepada semua orang terutamanya Ahli-ahli Komuniti DUIT .
Hari ini saya ingin menulis tentang Penulisan. Rasanya semua orang boleh menulis. Mungkin sebab tidak digilap dan sudah lama tidak menulis, kebolehan dalam diri kita itu tidak menyinar. Kenapa perlu takut untuk menulis?. Takut tidak bertempat memang masalah besar. Tetapi kita akan terus berada dalam ketakutan jika tidak cuba mengatasinya. Saya ingin mengambil contoh dari seorang pesilat. Jika dia tidak pernah mempelajari silat, buah tak kenal, bunga tak kenal memang patut dia takut apabila berdepan dengan seorang lawan. Seorang pesilat yang pernah berguru dan selalu berlatih silat tidak mudah gentar bila rasa tercabar. Rasanya jika terdesak, bunga-bunga dan segala macam buah boleh di keluarkannya.
Tak faham ke?...ekekkeke masih belum boleh tangkap apa yang hendak saya sampaikan?...Isk isk isk lepas nih saya leh la ajarkan silat kalau ada orang nak berguru dengan saya. Banyak saya boleh ulas mengenai silat walaupun saya bukannya pandai bersilat ekekkeke.
Penulisan yang saya maksudkan ialah meluahkan apa sahaja nukilan hati anda di Blog. Jangan bukak blog cerita yang merapu-rapu sangat .... tapi jangan terkejut jika ramai juga orang yang sukakan citer merapu meraban. Daya kreatif anda sebenarnya akan terserlah dengan latihan dan usaha sedikit anda itu.
Tip yang mudah untuk mula menulis ialah dengan mengembangkan sesuatu idea ataupun buah fikiran anda untuk diterjemahkan dalam susunan ayat-ayat yang anda fikirkan menarik untuk anda tulis.
Catatkan terlebih dahulu idea-idea tersebut. Dan cuba bina peta minda untuk menetapkan tujuan penulisan tersebut. Jika anda ingin bercerita tentang DUIT, pastikan sekurang-kurangnya 50% objektif idea anda itu berjaya disampaikan.
Baiklah, sebagai latihan menulis. Saya ingin membuat peraduan menulis di sini. Saya akan berikan suatu hadiah misteri kepada penulisan yang baik. Pengadilan adalah para pembaca blog nih sendiri.
Untuk peraduan yang pertama ini. Saya memilih tajuk Komuniti Duit sebagai sandaran. Ayuhlah kembangkan idea anda. Terbuka kepada semua pembaca. Tetapi jika anda ahli Komuniti Duit yang jadi pemenang. Saya akan gandakan hadiah tersebut. Tuliskan dalam 200 perkataan sahaja di ruangan komen. Hanya satu penyertaan sahaja yang layak untuk dinilaikan. Nak hadiah best berganda? Sila klik di sini [DUIT].
0 comments:
Post a Comment