Salam semua, Saya bukanlah seorang ahli politik dan bukan juga seorang calon mahu pun pengundi di Permatang Pauh. Saya hanya seorang rakyat biasa. Yah...seperti anda semua yang lahir di Bumi Malaysia yang bertuah ini. Saya ingin menulis dalam blog saya ini mengenai Permatang Pauh bersempena hari mengundi, Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh. Ekekkeke biar jadi sejarah termaktub kat laman web ini sejarah Permatang Pauh.
Keputusan yang menjadi penentu saya maksudkan ialah corak politik negara kita nanti. Adakah anda bersedia menghadapi senario politik yang semakin kotor atau pun merasakan senang dengan keadaan semasa. Tidak perlukan perubahan. Tidak perlu ambik kisah langsung. Tidak peduli dan tidak perihatin.
Saya tahu ramai yang sedar tentang kaitannya politik dengan ekonomi negara. Contoh mudah negara China. Semasa mereka mengamalkan dasar-dasar tertutup, negara China merupakan negara yang tidak maju dan ekonomi yang begitu lembab. Tengoklah sekarang... apabila perubahan senario politik Negara China berubah, negara mereka terus mengorak langkah mengapai kemajuan setanding negara-negara maju di Barat.
Saya harapkan Permatang Pauh menjadi sejarah kebangkitan Negara kita dan menjadi penentu kearah Politik dan ekonomi yang sihat. Politik yang sihat menyebabkan para pelabur asing merasa senang dan seterusnya memangkin pertumbuhan ekonomi negara kita melalui pelaburan-pelaburan yang dibawa masuk.
Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah. Oleh itu, jika kesusahan perlukan perjuangan. Berjuanglah demi suatu perubahan.
0 comments:
Post a Comment