Showing posts with label komuniti duit. Show all posts
Showing posts with label komuniti duit. Show all posts

Sunday, August 17, 2008

Perjalanan Yang Jauh.

Hait, apa khabar semua? Tertunggu-tunggu update dari saya yer... maaflah sebab lambat update. Bagaimana hari minggu anda?, Semestinya anda semua seronok bercuti dan berlibur bersama-sama kawan-kawan dan sahabat handai. Baguslah, sekali sekala kita perlu luangkan masa untuk beriadah dan bersantai. Kena relakskan otak tuh. Terlalu memikirkan kerja dan mencari duit saja teruk lah nanti.

Hujung minggu saya amatlah teruk. Pada malam sabtu tu saya menyertai aktiviti gempur untuk memastikan kesiap-siagaan anggota. Setiap anggota dikehendaki berjalan kaki sejauh beberapa puluh Kilometer dalam keadaan senantiasa siap sedia menghadapi ancaman. Saya turut berjalan kaki sejauh 20 Km untuk memberi semangat dan motivasi kepada semua platun. Saya sudah lama tidak menyertai operasi kerana banyak menumpukan kepada kerja-kerja di opis. Memang betul kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Kalau di atas kapal, tugas kami banyak tertumpu kepada taktikal perang di laut sahaja. Adus termelalut la pulaks... sorry!sorry!..Saya sebenarnya nak kongsikan pengalaman yang saya fikir berguna untuk sahabat sekalian. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. Dalam mengatur langkah kita akan menempuhi liku-liku, ranjau dan pelbagai ancaman. Sebelum memulakan langkah kita perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang mengcukupi bagi menghadapi sebarang dugaan dalam perjalanan.


Begitulah di Komuniti Duit, Ilmu yang amat bernilai yang tak mungkin anda semua dapat di tempat lain. Mulakan langkah anda mencari Duit di internet sekarang juga. Tanpa langkah pertama, tak mungkin anda akan dapat meneruskan langkah seribu. Mencari duit di mana-mana pun akan menghadapi rintangan dan halangan. tetapi halangan pertama yang perlu kita semua lepasi ialah diri kita sendiri. Jika minda kita belum bersedia, bagaimanalah kita dapat fokus kepada usaha untuk mengorek duit, mencari duit, menjana duit, menambah pendapatan, menjana kewangan dan ekonomi. Internet ini lubuk duit. Orang yang buta IT pun boleh buat duit kenapa tidak anda yang dah mahir IT.

Saya dalam proses menyiapkan ebook saya yang pertama. Bagaimana pun saya akan tetap update blog saya ini.

Thursday, August 14, 2008

Kopi Yang Menyegarkan




Mamak Kopi Satu.... Boleh..
Kurang Manis yer.... Boleh...
Kurang Harga yer.... Tak Boleh..... kenapa?.. ekekek


Itu adalah versi tiruan iklan teh tarik di kaca TV. Tapi saya tukarkan kepada kopi kerana saya terlintas nak bercerita tentang kopi. Ramai orang suka minum kopi... Kopi 'O', kopi susu mahu pun Kopi pekat. Saya juga suka minum Kopi... sekali-sekala minum bila nak memandu boleh hilangkan rasa mengantuk. Ramai juga yang mengambil kopi di pagi hari untuk memulakan pekerjaan. Sarapan kalau tidak bersama kopi seolah-olah tidak lengkap sarapan hari itu. Begitulah peranan kopi dalam kehidupan sesetengah orang... sehinggakan komoditi Kopi turut aktif di niagakan di bursa-bursa antarabangsa.

Apa kaitannya Kopi dengan komuniti Duit?, Mungkin ramai menganggap saya sudah jauh terkeluar dari topik kan. Cuba renungkan Iklan TV tuh. Adakah anda fikir iklan 'Teh Tarik' ada releven dengan syarikat rangkaian telefon?... tidak bukan. Tapi idea kreatif producer iklan itu amatlah menarik. Sehinggakan bila orang mintak 'Teh tarik' dengan mamak boleh mengajuk-ajuk gaya iklan itu. Secara tak langsung ramai membudayakan iklan mereka dan menyebarkan jenama produk itu. Itulah yang cuba saya sampaikan. Saya rasa mudah je nak faham.

Baiklah, saya memang banyak Idea tentang kopi untuk di kongsi bersama, dan saya juga akan kongsikan dengan anda bagaimana nak mendapat income best dari internet walaupun menggunakan Kopi. Syaratnya amatlah mudah. Sertai kami dalam Komuditi Duit dan kemungkinan besar kita boleh menyumbangkan Idea yang lebih baik.