Kebanyakan orang melayari internet untuk tujuan hiburan, mendapatkan maklumat, berita-berita yang tidak masuk akhbar kawalan kerajaan dan membaca blog kawan-kawan. Ramai juga pelajar-pelajar yang menggunakan internet untuk mencari bahan bacaan dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Sumber maklumat dalam Internet memang tidak terbatas. Dalam keghairahan mencari hiburan dan maklumat ramai juga yang melencong dari niat asal mereka. Mereka mencari peluang-peluang yang terbuka luas untuk mereka mengorek dan melombong duit sebaik mungkin. Mencari duit di internet bererti menjadikan internet sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan. Ramai juga bergantung sepenuhnya kepada internet untuk mendapatkan rezeki. Peluang dan ruang yang terbuka seluas-luasnya di internet menjadikan ramai orang menggunakannya sebagai kesempatan untuk mencari duit dan membina empayar kewangan sendiri. Dell misalnya, bisnes mereka sebenarnya mengambil order melalui telefon sahaja. Selepas itu apabila pengguna internet semakin ramai Dell tidak ketinggalan untuk mengembangkan bisnes mereka melalui internet. Tengoklah kejayaan Dell sekarang. Antara syarikat yang masih kukuh dan berjaya menggunakan sepenuhnya kemajuan internet. Banyak lagi syarikat-syarikat gersasi yang bisnes keras(core business) mereka menggunakan internet.
Peluang yang terbuka luas jika dilepaskan dan dibiarkan orang lain yang akan merebutnya. Banyak peluang yang bukan lagi rahsia untuk mencari duit di internet. Komuniti duit misalnya, turut menyediakan ruang dan peluang untuk kita mencari duit di internet.
Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts
Monday, August 18, 2008
Thursday, August 14, 2008
Kopi Yang Menyegarkan

Mamak Kopi Satu.... Boleh..
Kurang Manis yer.... Boleh...
Kurang Harga yer.... Tak Boleh..... kenapa?.. ekekek
Itu adalah versi tiruan iklan teh tarik di kaca TV. Tapi saya tukarkan kepada kopi kerana saya terlintas nak bercerita tentang kopi. Ramai orang suka minum kopi... Kopi 'O', kopi susu mahu pun Kopi pekat. Saya juga suka minum Kopi... sekali-sekala minum bila nak memandu boleh hilangkan rasa mengantuk. Ramai juga yang mengambil kopi di pagi hari untuk memulakan pekerjaan. Sarapan kalau tidak bersama kopi seolah-olah tidak lengkap sarapan hari itu. Begitulah peranan kopi dalam kehidupan sesetengah orang... sehinggakan komoditi Kopi turut aktif di niagakan di bursa-bursa antarabangsa.
Apa kaitannya Kopi dengan komuniti Duit?, Mungkin ramai menganggap saya sudah jauh terkeluar dari topik kan. Cuba renungkan Iklan TV tuh. Adakah anda fikir iklan 'Teh Tarik' ada releven dengan syarikat rangkaian telefon?... tidak bukan. Tapi idea kreatif producer iklan itu amatlah menarik. Sehinggakan bila orang mintak 'Teh tarik' dengan mamak boleh mengajuk-ajuk gaya iklan itu. Secara tak langsung ramai membudayakan iklan mereka dan menyebarkan jenama produk itu. Itulah yang cuba saya sampaikan. Saya rasa mudah je nak faham.
Baiklah, saya memang banyak Idea tentang kopi untuk di kongsi bersama, dan saya juga akan kongsikan dengan anda bagaimana nak mendapat income best dari internet walaupun menggunakan Kopi. Syaratnya amatlah mudah. Sertai kami dalam Komuditi Duit dan kemungkinan besar kita boleh menyumbangkan Idea yang lebih baik.
Labels:
Internet,
komuniti duit,
kopi