Tuesday, August 12, 2008

Potensi Diri



kunang-kunang, hendak kemana kelap-kelip indah sekali gemerlap, bersinar seperti bintang di malam hari kunang-kunang, terbang ke sini ke tempatku singgah dahulu kemari, kemari hinggaplah di telapak tanganku

Hari ini saya ingin bercerita tentang sekor Kunang-Kunang. Nama samaran dia ialah Nang. Nang akan terbang bersiar-siar apabila malam. Cahaya dari badannya mengcukupi baginya untuk meneranginya dalam kegelapan malam. Sambil menghirup udara segar, Nang juga mencari rezeki sesuap nasi secupak beras... ekekkek kunang-kunang makan nasi ke?.. Al-kisahnya, pada hari tuh terfikir di benak fikirannya untuk terbang ke arah suatu cahaya yang lebih terang.

Dia pun terbang mendekati satu lampu jalan. Dia berkata kepada lampu jalan, "Alangkah bahagianya engkau, cahaya mu amat terang dan aku dapat melihat mu dari jauh". Lampu jalan itu tersenyum dengan teguran Nang. Dia berkata kepada Nang, "Cahayaku tidaklah begitu terang jika nak dibandingkan dengan cahaya SportLight di stadium sana". Nang terus teruja untuk berjumpa dengan SportLight Stadium selepas mendengar kata-kata Lampu Jalan. Dia pun terus terbang mendekati SportLight Stadium. Selepas memberi salam dan bertegur sapa. Nang terus luahkan perasaannya yang terpendam. "Wahai saudara SportLight, Cahaya mu amat terang dan aku dapat melihat mu dari jauh". SportLight tergelak kecil mendengar kata-kata Nang. Apabila dapat mengawal perasaan geli hatinya, dia berkata kepada Nang. "Nang, cahaya yang lebih terang adalah Bulan di atas sana tuh...ko pegilah tanya dia".



Nang bertambah teruja dan seronok mendengar kata-kata SportLight, dia berkata lam hatinya aku akan pergi jumpa bulan dan belajar darinya. Nang boleh terbang sendiri..dia tak payah pergi ke Rusia untuk tumpang Soyyuz. Nang pun berusaha bersungguh-sungguh untuk berjumpa bulan... dia terbang dan terus terbang. Dipendekkan cerita...kalau cerita panjang-panjang korang kata aku membebel laks...Akhirnya Nang sampai di Bulan. Dia terus menyuarakan hasrat hatinya untuk bercahaya lebih terang kepada Bulan. Tergelak besar la bulan bila mendengar kata-kata Nang tuh. Di khabarkan berlaku gerhana Bulan semasa Bulan mendengar lawak antarabangsa nang itu. Nang tidak berkecil hati terhadap Bulan. Nang mengangap Bulan sebagai Otai nya dan mengambil perkara itu sebagai satu cabaran. Demi mendapat ilmu dan nasihat yang berguna. Bulan berkata kepada Nang. "Nang, walaupun cahayaku amat terang... aku bergantung kepada Matahari". Kau itu yang patut berbangga. Walupun cahaya kau kecil aja. tapi ianya menyinar dari dalam diri kau sendiri."





Cerita ini sudah saya sinopsiskan dah. Jika mahu mengikuti lebih lanjut joinlah [Di sini]


Moral cerita ini ialah, kita tidak akan dapat mengembangkan potensi yang ada dalam diri kita jika kita tidak mendapatkan nasihat dan pandangan dari orang yang lebih berpengalaman. Walaupun ianya mungkin amat kecil tetapi melalui tunjuk ajar dan panduan, mungkin akan menyinar dengan lebih gemilang.

0 comments: