Wednesday, August 4, 2010

backup and synchronization software

PureSync


Our Rating: 4 stars (Very Good)
PureSync is a file backup and synchronization software that can automatically keep a backup of your important files, import files from your digital camera and synchronize the contents of multiple folders. The program offers a step-by-step wizard to configure your backup and synchronization tasks and set advanced options like file exclusions, conflicts management, compare options and more. You can choose to run the backups manually as needed or automatically on a regular schedule. The program can also synchronize your files automatically when it detects that they have been modified, or when a specific device (e.g a USB drive) is connected or a certain folder is found.You may use this backup software before you are formatting your thumbdrive
Freeware Download PureSync

Thursday, July 29, 2010

Eksklusif: Isu Kes Penipuan Skim Cepat Kaya Alaf Baru, Kerajaan Perlu Berani Buat Tindakan Dan Jangan Sekadar Bermain Tarik Tali Semata-Mata !

Nampaknya penipuan skim cepat kaya terus berlaku biarpun berbagai langkah dilakukan oleh kerajaan. Jika sebelum ini, kita sangka rakyat akan mula insaf selepas kerajaan mengharamkan "pelaburan saham internet" yang cukup popular beberapa tahun yang lalu. Selepas pengharaman oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, maka ramai dikalangan mereka yang minat ke arah itu terpaksa mencari alternatif lain untuk bergerak. Maka ramai diantara mereka kembali menyertai syarikat Jualan Langsung yang berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) seperti biasa. Bagi menarik ramai leader-leader terlibat dengan syarikat terbabit maka berbagai kaedah yang ternyata dilarang oleh pihak kerajaan telah dilaksanakan. Malah, mereka bekerjasama pula dengan pihak lain untuk membuat penipuan dan mengaburi mata orang ramai. Senario mutakhir ini, terdapat beberapa kes penipuan yang gagal dikesan oleh kerajaan sebenarnya. Lantaran itulah kami tidak hairan apabila melihat skim cepat kaya muncul kembali dengan versi baru mutakhir ini. Modus operandi mereka tetap sama iaitu untuk menipu dan terus menipu. Mereka menggunakan syarikat jualan langsung yang "hidup segan mati tak mahu" bagi melempiaskan hawa nafsu kecurangan mereka itu. Akhirnya ramai rakyat yang ditipu dengan strategik licik syarikat dan leader-leader terbabit. Namun, kerajaan sendiri gagal mengesan penipuan ini akibat ada kakitangan kementerian yang juga terlibat sebagai proksi kepada suyarikat berkenaan. Mereka bukan sahaja diberikan akaun percuma malahan pergerakan ahli dibawah rangkaian mereka juga diberikan secara percuma. Akhirnya kakitangan terbabit mendapat imbuhan secara "senyap" tanpa dikeahui langsung oleh sesiapa. Inilah yang menyebabkan bila melakukan operasi mereka perlu berhati-hati bagi menjaga "income percuma" yang dimanipulasi oleh syarikat yang berkenaan. Bukan sedikit, terkadang mencecah ke puluhan ribu ringgit setiap bulan sebenarnya.

Gunakan Koperasi Untuk Tarik Pelanggan Baru

Taktik ini banyak dilakukan oleh leader-leader dalam syarikat jualan langsung konvesional atau tradisional. Mereka menawarkan kepada mana-mana ahli baru untuk membuat pinjaman tertentu dengan koperasi terbabit yang kononnya disokong oleh syarikat berkenaan semata-mata untuk mengaut kuntungan. Leader akan mendapat untung yang banyak dan syarikat juga begitu. Sedangkan individu yang terbabit dengan pinjaman berkenaan terpaksa menjual berlambak-lambak produk untuk mendapat kembali modal. Apabila produk tidak laku, maka akhirnya mereka akan terbeban pula dengan masalah hutang pinjaman terbabit yang dipotong menerusi slip gaji melalui Biro Angkasa. Golongan kakitangan kerajaan ramai yang menjadi mangsa, kerana mereka agak mudah untuk membuat pinjaman dari mana-mana koperasi sekarang ini. Ada juga sesetengah syarikat yang tidak memberikan terus produk terbabit dan hanya menggalakkan ahli baru mencari seberapa ramai mereka yang layak membuat pinjaman agar melabur dengan mereka. Akhirnya, berlakulah penipuan yang didalangi sebenarnya oleh Syarikat Jualan Langsung yang berdaftar itu. Syarikat terbabit amat gemar dengan kaedah ini kerana mereka boleh mengaut keuntungan yang berlipat ganda sebenarnya. Manakala leader pula akan menikmati ganjaran yang cukup lumayan apabila sistem ini diporgramkan sedemikian rupa. Misalnya kemasukan hanya RM200 sebagai ahli akhirnya menjadi RM20,000 dan diatur didalam sistem berkenaan secara sistematik. Strategi inilah yang dilakukan oleh mereka yang ditangkap semalam. Yuran kemasukan yang sepatutnya rendah menjadi RM2,000 atau RM4,000 atau RM11,000 atau RM41,000 yang berkenaan. Mereka memprogram dan memanipulasikan pelan perniagaan syarikat untuk kepentingan diri masing-masing. Syarikat tahu semuanya, namun mereka terpaksa akur kerana mereka juga mendapat pulangan besar dengan program yang dijalankan itu sebenarnya.

Gunakan Syarikat Berdaftar Untuk Kaburi Mata

Taktik menggunakan syarikat berdaftar untuk tarik pelanggan baru telah menjadi trend sekarang ini. Kebanyakkan syarikat yang digunakan itu berdaftar dengan kementerian dan ini memberi semangat kepada orang ramai untuk percaya dan menyertainya. Walhal, program skim cepat kaya yang dijalankan itu hanyalah dirancang bagi tempoh tertentu sahaja. Mereka akan menggunakan cek-cek yang tertera angka puluhan ribu ringgit untuk mengaburi mata orang ramai. Maka akhirnya ramailah yang terpengaruh dan terpedaya, akibat inginkan keuntungan yang dijanjikan. Apabila mereka mengamuk dan mahu mendapatkan kembali wang, mereka pula akan dipersalahkan dan banyak juga syarikat berkenaan yang ditutup secara tiba-tiba selepas mereka berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki. Akhirnya yang kaya raya ialah "tokey syarikat" dan beberapa orang individu yang kononnya menjadi networker, walhal mereka ada proksi kepada syarikat yang berkenaan. Pihak kementerian gagal mengesan perkara ini kerana syarikat terbabit pada awalnya beroperasi secara sah. Inilah yang menjadi masalah besar sebenarnya.

Gunakan Artis Terkenal Sebagai Perangkap Ahli
Taktik menggunakan artis ini memang sudah menjadi trend pada masa ini. Artis terkenal dijadikan tarikan bagi menarik perhatian peminat-peminat untuk menyertai syarikat mereka. Dengan mengguna program yang telah diubahsuai dengan cantik untuk mengaburi mata orang ramai, akhirnya mereka melabur akibat percaya dengan cakap-cakap artis yang berkenaan. Lebih malang lagi ada artis terbabit yang turut ditipu oleh pihak yang terbabit seperti apa yang berlaku kepada Amy Search baru-baru ini. Semua ini adalah taktik jahat yang dilakukan secara terancang. Apabila target sudah dicapai maka akhirnya dengan artis-artis tersebut dipinggirkan. Akhirnya yang menjadi mangsa amukan dan kutukan ialah artis berkenaan, sedangkan pihak syarikat berpeluk tubuh dalam neghadapi situasi berkenaan. Ramai artis yang tertarik dengan ganjaran yang dinyatakan akhirnya tertipu dan turut menjadi mangsa. Akibatnya, nama mereka rosak dan maruah mereka juga tercalar gara-gara perbuatan tersebut. Inilah yang amat ditakuti oleh sebahagian besar artsi-artis kita pada masa ini. Pihak syarikat juga lebih suka menggunakan artis lama yang populariti mereka sudah merudum mutakhir ini. Ramai artis yang dipercayai menjadi mangsa tetapi malu mendedahkan penglibatan mereka.

[Banyak lagi pendedahan akan kami bongkarkan tentang kaedah penipuan skim cepat kaya alaf baru ini. Cuma apa yang kita mahukan agar pihak kerajaan serius untuk menangani kes-kes seperti ini. Jangan sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Tindakan tidak dikenakan sebaliknya mereka yang terbabit dilepaskan. Cuba lihat dalam isu saham internet, berapa ramai penganjur dan syarikat yang didakwa atas kesalahan yang berkenaan?. Mungkin ada seorang dua, tetapi beratus-ratus lagi terlepas daripada hukuman berkenaan. Mereka inilah ak hirnya memikirkan cara dan strategi baru untuk terus menipu dalam skim cepat kaya di negara kita. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa dengan perbuatan mereka itu. Malah ada juga dikalangan penyokong Pakatan Rakyat yang turut terjebak ke kancah itu akibat terpedaya dengan pengaruh pihak atasan. Semoga ini dapat disedari oleh semua hendaknya].

Sunday, August 9, 2009

Belangkas bernilai di segi perubatan


JOHOR BAHRU 9 Ogos - Untuk mengenali belangkas amat mudah kerana hidupan laut itu sentiasa berjalan bersama (belangkas jantan di belakang) dan sebab itulah peribahasa mengatakan 'macam belangkas' bagi pasangan kekasih.

Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Namun begitu, belangkas bukanlah binatang dua alam kerana ia hanya boleh hidup tanpa air selama tiga hari selepas ditangkap.

Haiwan yang mempunyai ekor panjang dan tajam sehingga 51 sentimeter itu turut mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan dan mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula.

Belangkas bukan sahaja dikaitkan dengan makanan, peribahasa atau perjudian (judi belangkas), malah ia juga boleh digunakan dalam perubatan.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin, belangkas amat bernilai daripada segi perubatan dan darahnya mencecah sehingga USD5,000 seliter di Amerika Syarikat.

Katanya, darah belangkas mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin serta mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan.

"Ia binatang unik dan mempunyai banyak potensi dalam bidang perubatan dan juga kosmetik. Pasarannya memang ada terutama di peringkat antarabangsa," katanya.

Dr. Sulaiman berkata kajian Institusi Akuakultur Tropika UMT itu mendapati darah belangkas juga boleh dijadikan ubat untuk penyakit diabetes dan beberapa jenis penyakit lain yang masih di peringkat awal penyelidikan.

Institusi itu juga merancang untuk membina sebuah makmal pengesahan bernilai RM10 juta untuk menghasilkan produk berkenaan yang telah sedia untuk dihasil dan dipasarkan.

"Daripada segi pasaran, ia sememangnya tidak ada masalah kerana ekstrak darah belangkas sebagai kit perubatan mengesan ketulenan ubat telah beberapa tahun digunakan di beberapa negara Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Jepun.

"Produk perubatan daripada belangkas ditemui pengkaji Amerika Syarikat pada tahun 1975 dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1988," katanya.

I

Friday, June 19, 2009

Online Banking Phising extra Carefull

Awas! Pengguna CIMBClicks
Salam semua ... Jangan takut bila baca entry kali ni ada Awas! ... hehehe ... Actually saya just nak kongsi tentang CIMBClicks ni ... maksud saya penggunaan CIMBClicks di internet ... Harap dapat jadi perhatian buat mereka yang selalu membuat pembayaran secara online ...Beberapa hari yang lepas TV3 ada menayangkan berita tentang seorang kakitangannya yang tertipu apabila menerima email kononnya daripada Maybank ... dan lepas dia ikut arahan yang diberikan ... wang dalam akaunnya telah di transfer keluar secara online oleh pihak yang tak bertanggungjawab ... Hari ini saya juga menerima email seperti itu ... tapi dari CIMB (kononnya) ...


Kepada yang tak boleh klik pada gambar ... saya copy ayat email tu kat bawah ni ...Dear CIMB Bank customer,We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.Here's how to get started:

1. Log in to CIMBClicks online account (click here).

2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM. ( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.Please comply and thanks for understanding.© 2008 CIMB BankKalau dilihat sekali lintas ... kita akan percaya email tersebut memang dari CIMB sebab nama sender dia adalah CIMBClicks Team dan emailnya adalah support@cimbclicks.com. Siap kasi ayat untuk menakutkan pelanggan : "If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended"OK ... skarang mari kita ikut satu persatu arahan yang diberikan di dalam email tersebut.

1. Log in to CIMBClicks online account (click here).->Komen saya: bila click pada link yang diberikan memang akan masuk website CIMB yang sebenar sebab nak request TAC.

2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM. ( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )->Komen saya: kita akan terima TAC tersebut sebab request dari website yang betul.

3. Logout from your account and close the browser.->Komen saya: memang akan sukses untuk 3 steps dia atas ni sebab ianya adalah prosedur yang betul.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.->Komen saya: Kat sini bermulanya penipuan. Bila klik pada link 'secured server' yang diberikan ... sebenarnya ia redirect kita ke website lain. Cuba click & lihat apa address website tersebut. http://adsl-074-187-033-115.sip.mia.bellsouth.net/services/VerifyTAC/Login/. Kalau anda tak perasan memang akan tertipu sebab page yang dipaparkan memang menunjukkan logo CIMBClicks macam gambar kat bawah nih.Kalau anda memasukkan User ID, Password & TAC yang betul ... habisla anda ... sebab data yang dimasukkan akan diterima oleh pihak yang tak bertanggungjawab tersebut ... so mereka akan menggunkana User ID, Password & TAC anda untuk login ke CIMBClicks yang sebenar.Saya telah cuba memasukkan User ID, Password & TAC yang salah ... hasilnya, tetap berjaya login masuk & akan disuruh memasukkan maklumat tentang diri seperti dibawah.


Kalau anda masukkan maklumat sebenar ... maknanya mereka akan tahu maklumat anda ... so kalau pihak bank call untuk membuat pengesahan ... mereka sudah ada maklumat anda ... bijak sungguh diorang nih kan ...
Saya dah cuba masukkan maklumat yang salah & click submit. Hasilnya ... Sukses ...Akan kluar page Thank You seperti di bawah. Siap ada ayat "Thank you for understanding & collaboration. Please allow 48 hours to resolve the issue."


Selepas beberapa saat, page tersebut akan redirect semula ke page CIMBClicks yang sebenar. So kalau sesiapa yang tak perasan mmg takkan tau bahawa mereka telah ditipu.Kembali semula kepada arahan di dalam email untuk no 5.5. Please allow 48 hours for processing.->Komen saya: tempoh 48 jam dah cukup untuk diorang keluarkan wang dari akaun anda ... nak transfer boleh sebab diorang ada TAC anda ...
Rujuk webpage CIMB mengenai Phishing Scams ni:
https://www.cimbclicks.com.my/keepsave.htm

Pengajaran yang boleh dipelajari: Jangan sesekali klik pada link yang diterima dalam email. Kalau betul pihak bank nak update maklumat anda, sila berbuat demikian di cawangan bank tersebut. Tiada update yang dibuat secara online.Ingatan untuk diri saya & kawan semua.

Monday, June 1, 2009

Tuhan baru sembahan manusia hamba


Hishamuddin Rais | Apr 24, 09 4:08pm
Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan saat ini.

Semua Tun, Tan Sri, datin, pak haji, ayatollah, padri, sami, rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya sehingga umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalah transit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke-21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai "biji-biji saga" dan barangan kodi untuk mainan.

Manusia moden telah menjadi seperti toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ia mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksimum – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru, apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepung di tanah besar China telah membubuh melamin dalam tepung untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China, sanak-saudara mereka sendiri.

Justeru, apakah kita hairan apabila membaca berita di Sepanyol dan Portugal, ada pembekal minyak zaiton membubuh minyak hitam yang terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru, apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontraktor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh?

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisme. Keuntungan maksimum adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini, tuhan baru ini muncul di serata pelusuk dunia.

Tuhan ini akan berada di mana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis, termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu, air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, telefon, radio, tv – semua ini milik kita bersama. Semua ini hak milik negara, bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini telah diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelurkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini? Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabel-kabel Illuminati. Para pemikir daripada pelbagai think tank (kumpulan pemikir) ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin, jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa, diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antarabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini, para pemilik bank dari kabel Illuminati. Para pemilik bank yang telah mengumpulkan berbilion kertas dolar memerlukan pasaran pelaburan baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru.

Di Eropah barat, pasaran telah tepu. Maka kabel Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa buka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya, kita melihat harta negara kita – air, telefon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Rusia dan Eropah Timur. Negara-negara ini yang sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan diserang. Rusia dipecah-pecahkan. Perang dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah timur dijual kepada kaum pemodal antarabangsa.

Sesudah dasar penswastaan diterima pakai, kita mula terdengar apa yang dikatakan "dunia tanpa sempadan". Dunia tanpa sempadan ini agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah.

Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

"Tanpa sempadan" hanyalah untuk duit kaum pemodal masuk ke mana sahaja bagi memaksimumkan untung mereka. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu-gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksimum di mana sahaja di dunia ini. Dunia tanpa sempadan hanyalah untuk para pelabur antarabangsa "bermain tikam dan berjudi" di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga.
Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada 1997. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerobos masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, telefon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Courts, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDonald, Shell, Esso – semua ini milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke dalam pasaran kita melalui perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung. Perjanjian ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada 1819, sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada 1786, sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu, cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini - untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba - adalah manifesto Orde Baru Dunia.

Kabel-kabel Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strategi telah dirancang, semua telah disusun. Para pemilik bank di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan Orde Baru Dunia.

Lihatlah nanti bagaimana kabel-kabel Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Dalam perjanjian ini, tidak ada yang ‘free’ (percuma atau bebas). FTA ini akan memaksa kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabangsa mencari keuntungan maksimum.

Orde Baru Dunia ini adalah dunia baru di mana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan ini sedang diatur – Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico telah disatukan. Kemudian, seluruh selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ia akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepalai oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang, telah wujud Asean dan Apec untuk Asia, Kesatuan Afrika Union untuk benua tersebut, dan Kesatuan Negara Amerika Selatan untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi, manusia akan dicap dengan mikrocip. Tidak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Mikrocip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya mikrocip ini untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – hanya bercuti Sabtu dan Ahad.

Jika sopan dan tekun, mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, i-pod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis "biji-biji saga" yang dijanjikan.

Sila baca novel 1984 oleh George Orwell dan tontonlah filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini semua bukan dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Inilah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting.

Jika kita gagal untuk memahami garis dan strategi Illuminati, maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan, maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi.

Tuesday, March 10, 2009

Pertemuan Dengan Ushawan Internet.

Malam tadi aku meluangkan masa untuk berjumpa dengan seorang sahabat yang menjalankan perniagaan Internet sejak beberapa tahun dahulu. Beliau sekarang telah berjaya menguasai selok belok untuk mendapat pulangan lumayan dari internet. Aku amat kagum dengan usaha gigih beliau yang tidak mengira penat.

Hasil dari pertemuan itu aku simpulkan bahawa memang untuk berjaya dalam Bisnes internet ini bukan mudah. Beliau sendiri dah menempuhi pelbagai rintangan. Tapi beliau tidak pernah serik dan usaha beliau membuahkan hasil akhirnya.

Kalau anda sedang berkira-kira mahu menceburi bisnes inter ini... saya ingin sarankan kepada kekawan semua supaya selongkar dulu ilmu-ilmu selok belok untuk memulakan bisnes kat internet nih.. Dapatkan sebanyak mungkin info...selapas itu cuba fokuskan terhadap sesuatu bidang atau bahagian yang saudara semua minat.


Rahsia terbesar bisnes internet ialah Traffic. Google hebat bukan kerana Laman web cantik...Yohoo lagi cantik..tapi Google hebat kerana hit yang tinggi. User menyenangi Google. Fikirkan traficc..then bisnes internet anda pasti berjaya.

Sunday, February 22, 2009

Masalah Gemuk.

Berat badan berlebihan seringkali dikaitkan dengan kegemukkan. Sesetengah orang menganggap Gemuk bukanlah satu masalah. Mereka membiarkan berat badan mereka meningkat dengan mendadak tanpa kawalan. Terutamanya tanpa mengawal pemakanan. Tanpa diet yang betul... berat badan dan badan yang gemuk sukar untuk di atasi lagi. Pengambilan diet yang tidak mengikut saranan dari pakar pemakanan boleh mendatangkan kesan yang lebih teruk apabila badan anda tidak lagi response dengan ubat-ubatan. akibatnya....pelbagai masalah lain akan di hadapi...contohnya penyakit kencing manis...jantung dan sebagainya.

Tuesday, February 10, 2009

Admiralz Buy A Football Club.

I never dreaming to have a football club. But in my search in the web... i found a club named with my preferred nickname..hahahah Go go Admiralz FC.. wanna beat MU some day...;))

Admiralz FC

Tuesday, February 3, 2009

Cara Mudah Dapat duit dengan buat Survey

Pada mulanya saya masih ragu-ragu untuk mencuba cara buat survey dan dapat duit ini. Tapi setelah berfikir panjang ....kenapa tidak. Ekonomi semakin meruncing jadi saya perlu pertingkatkan lagi usaha untuk mencari pendapatan tambahan. Kalau hanya sekadar membaca sepintas lalu ayat-ayat pancingan orang yang menjual e-book ini ternyata saya tolak mentah-mentah ... tetapi kerana ingin mencabar keupayaan diri sendiri...saya seolah-olah termakan umpannya. Tapi tak per... saya seronok untuk menyahut cabaran ini. Saya sedang merangka plan untuk mendapat RM1000.00 untuk bulan pertama saya sertai. kalau usaha saya gagal.... saya akan jadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus maju.... jika usaha saya berjaya.... saya akan kongsikan dengan anda rahsianya nanti...

Monday, January 19, 2009

Cari Kerja Kosong dan Jawatan Kosong

Kerja Kosong. Pendapatan Lumayan. Pada masa ini masa ini... peluang pekerjaan amatlah terhad. Banyak kilang-kilang dan perusahaan cuba untuk mengurangkan tenaga Buruh dan memberhentikan para pekerja ekoran dari kesan kemelesetan ekonomi global. Jawatan kosong yang ditawarkan pula amatla kurang. Rata-rata belia lepasan sekolah menengah akan cuba mendapatkan pekerjaan. Tapi bagaimana dengan tawaran kerja. Mereka layakkah untuk berkerja di sektor-sektor yang mereka suka. Kerja kosong di Kuala lumpur juga semakin sukar untuk di perolehi. Rata-rata majikan tidak berminat untuk membuka peluang pekerjaan baru. Kehadiran pekerja asing juga salah satu faktor kenapa para majikan kurang berminat untuk mengupah tenaga kerja tempatan.

Thursday, January 8, 2009

Mengantuk di pejabat

Kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas.

Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.


Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.

Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

  • Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

  • Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.

    Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.

  • Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.

    Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.

  • Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

    Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

    Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.

    Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.

    Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

  • Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.

    Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.

  • Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

    Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.

    Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

  • Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

    Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini.

    Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.

  • Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

  • Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

  • Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.

  • Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.

  • Dapat rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

  • Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.
  • Wednesday, October 22, 2008

    Control Emotional To Success

    DAY ONE : EMOTIONAL MASTERY

    Virtually everything we do is to change the way we feel. In many instances including from my own experience, this is perhaps the most important mastery you must possess. In many cases people with so many talents, skills, education background fail miserably in their lives because they were not able to control their emotions. When I first achieved my full financial independence, I didn’t know what else to do with my life and was looking for directions as to the meaning of life. Within an instant I destroyed all that I achieved then. I didn’t need to work because money was coming in every month and I had all I needed, nobody to work for and didn’t need to go anywhere. It can actually destroy you. Too many people let outside events take control of our emotions for no reason. Let me give you an example, the fact that your friend has now become more richer or more successful than you has left you ashamed and with a sense of defeat. Whereas this event is quite insignificant as you can change yourself and perhaps become even more successful in your life or perhaps you are already achieving more successes in other areas of
    Financial Mastery
    Time Mastery
    Goalsetting Mastery
    SUCCESS Rest&Play
    Mastery
    Prioritizing
    Mastery
    Computer
    Mastery

    7your life. Take advantage of your emotions and do not use it as hindrance to improve yourself. Give also priority on your spiritual needs. Visit more of your mosque, church, temple or whatever your beliefs are. Without this as a fundamental to your life, you will not find a purpose to your being, and everything else will fail automatically before you can even start realizing it.

    Thursday, October 9, 2008

    Mengapa Anda Menjadi Gemuk Dan Gemuk....

    "Mengapa badan saya semakin hari semakin gemuk?. Sedangkan saya tidaklah makan banyak sangat dan saya juga turut bersenam sekali sekala "...

    Di sini akan kita bincangkan misteri mengapa anda semakin hari semakin mudah gemuk.

    Anda mungkin fikir disebabkan pemakanan anda yang kaya dengan lemak menyebabkan anda gemuk. Ini mungkin separuh benar tetapi yang sebetul-betulnya ialah respons badan anda terhadap karbohidrat yang berlebihan menyebabkan badan anda menjadi gemuk sehingga sukar dikawal lagi. Pemakanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat (seperti roti, tepung dan makanan ruji) meningkatkan perembesan hormon insulin dari kelenjar pankreas. Bila paras insulin itu tinggi, makanan yang dimakan lebih mudah ditukarkan menjadi lemak badan dalam bentuk trigliserida. (Paras trigliserida yang tinggi sebenarnya merupakan antara faktor yang penting bagi mendapat penyakit jantung).

    Paras insulin yang tinggi bukan sahaja meningkatkan kolesterol dalam darah, malah ia menyumbangkan ke arah kegemukkan. Mengapa sedemikian? Kerana di dalam konteks ini, yang menjadikan anda gemuk bukan sahaja sekadar lemak, tetapi juga disebabkan oleh terlalu banyak gula di dalam pemakanan.

    Antara tugas hormon insulin ialah juga untuk menukarkan gula kepada glikogen, yakni sejenis bentuk penyimpanan gula di dalam badan. Glikogen disimpan di hati dan juga di bahagian otot badan. Apabila gula diperlukan oleh badan, glikogen akan ditukarkan kepada bentuk gula yang boleh digunakan oleh badan sebagai punca tenaga segera.

    Bila anda memakan gula dan karbohidrat, separuh dari gula itu digunakan untuk membekalkan tenaga pada badan, separuh lagi ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan. Hanya 2,000 kalori sahaja jumlah tenaga yang boleh disimpan sebagai glikogen, manakala lebihannya akan ditukarkan kepada lemak.

    Insulin juga akan menghalang lemak badan dari digunakan dari tempat simpanannya kerana badan anda sudah pun mendapat tenaga yang cukup darai pemakanan karbohidrat yang berlebihan itu. Dengan kata lain, insulin ialah hormon yang membuatkan anda menjadi gemuk. Ia pada dasarnya sejenis 'hormon penyimpan' yang menyimpan kemas lemak pada badan anda. Ia menukarkan separuh dari karbohidrat pada lemak untuk disimpan, membuatkan badan anda semakin susah untuk memecahkan atau menghilangkan lemak yang sedia ada.

    Kitaran makan berlebihan karbohidrat dan tindakan hormon insulin inilah sebenarnya penyebabnya anda gemuk di samping gaya hidup moden yang membuatkan anda leka dan tidak menjalankan cukup pergerakkan yang boleh membakar karbohidrat yang dimakan itu sehingga ianya disimpan sebagai lemak. Manusia sekarang ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menjadi mesin penghasil lemak jika terlibat dalam kitaran tersebut.

    Pemakanan yang tinggi karbohidrat dan gula akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah secara mendadak. Untuk mengatasi peningkatan tersebut, insulin dirembeskan ke dalam pengaliran darah untuk menurunkan semula paras gula yang tinggi tadi. Akan tetapi disebabkan insulin ini pada dasarnya merupakan 'hormon penyimpan', disebabkan ianya dirangsang oleh paras gula yang tinggi itu, akan menyebabkan insulin menggerakkan dengan agresifnya proses penukaran gula kepada lemak yang seterusnya disimpan. Di sini hampir separuh dari pemakanan karbohidrat yang dimakan akana ditukarkan kepada lemak badan. Peningkatan hormon insulin bukan sahaja menukar gula yang tidak digunakan kepada lemak, ianya juga memberitahu sel lemak badan anda agar tidak membebaskan lemak yang telah tersimpan. ini membuatkan hampir mustahil untuk anda menggunakan lemak badan anda untuk penghasilan tenaga.

    Kesimpulan di sini, lebihan karbohidrat tadi bukan sahaja ditukarkan menjadi lemak tetapi juga memastikan lemak yang sedia ada kekal disimpan pada sel lemak badan anda. Seperkara lagi, paras insulin yang tinggi turut akan merencatkan penghasilan hormon glukagon (sejenis hormon yang bertentangan kesan hormon insulin iaitu menggalakkan pembakaran gula dan lemak).

    Akhir sekali insulin juga menyebabkan anda berasa lapar setelah ia menurunkan paras gula tadi secara mendadak. Ini berlaku mungkin selang beberapa jam dari waktu anda makan sebelumnya. Jika anda mengalah pada perasaan lapar, maka anda akan makan semula dan kitaran ini berlaku berulang-ulang sehingga anda boleh diumpamakan sebagai mesin penghasil lemak. Selalulah ikuti blog ini untuk mengetahui kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan anda sevara sihat dan semula jadi.

    Jika anda rasakan posting ini bermakna untuk kawan-kawan anda... silalah hebah-hebahkan. Sesungguhnya menyebarkan ilmu yang berguna amat mulia disisi tuhan.

    Monday, September 22, 2008

    Minyak Babi

    JAKIM & PPIM dah sahkan roti "HIGH 5" dicampur minyak BABI dari Jerman hari ini. Boleh rujuk Malay Mail 7 SEPT 2008.

    --------------
    Bukan takat roti jenama hi-5 tapi semua keluaran Silver Bird Group Berhad, parent company depa. Silver birds juga bekalkan produck utk syt direct selling cosway! Yang paling tak syok, fatty chemical depa import dari Israel jenama "Dubur"!

    Tuesday, September 9, 2008

    Malu Kerana Gemuk!

    Sahabat saya telah mendapat e-mail daripada seseorang yang merasa terpinggir kerana berat badan yang berlebihan. Perempuan rata-rata merasakan gemuk itu tidak cantik. Ramai yang idamkan bentuk badan yang langsing dan menawan. Di sini saya lampirkan e-mail beliau. Moga-moga beliau tidak membacanya di blog ini...hahhaha takut nanti dia lak yang terkejut beruk....sebab beruk memang mudah terkejut hahhaha ....

    Salam semua... Saya hanya ingin melahirkan rasa terkilan saya pada layanan sesetengah dari kita... Pandangan dan reaksi yang membuatkan saya rasa terpinggir dan tersisih... Yang membuatkan saya semakin rendah diri...
    Saya berusia 28thn, tinggi 164cm dan berat 89kg!!! Gemukkan?? Saya tau, saya maklum tu... Bukan saya tak usaha untuk menurunkan berat saya untuk kesihatan dan kecantikan tapi telah pelbagai cara dilakukan tapi masih tak berjaya... Mungkin cara saya tak betul tapi saya akan berusaha lagi...
    Ok... Ceritanya begini... Ada sorang mamat tu, saya namakan F nak kenal saya... Kami berkenalan di alam maya ni... Beria2 ajak jumpa tapi saya menolak sbb masih terlalu awal... Katanya dia da banyak kali kena reject dan disebabkan itu dia nak jupe, kalu suka-jalan, kalu tak-benti jer... So saya tak buang masa saya dan dia tak buang masa dia, katanya...
    Saya tanya dia, apa ciri perempuan pilihannya??? BAIK, BERAGAMA, SIHAT... Rasanya semua yang dia nak tu saya ada tapi saya masih ragu2... Saya terus terang ngan dia, saya cakap berat saya 89kg!!! Dai terkejut badak!!! Badak pun tak terkejut macam tuh!!! Ahaks
    Dan sampai disitu sajalah perkenalan kami... dia terus diam, menyepi... Kaku... Bisu... Saya memang rasa sedih... Sebab saya gemuk, org reject saya... Saya pun tak mintak jadi gemuk... Kalu boleh saya nak cantik dan kurus macam Erra Fazira ke, Maya Karin ke, Apek ke!!! Hahaha
    Memang saya sedih, sedih sangat... Saya bukan org jahat tp cara diaorg treat saya macam saya takde hati dan perasaan... Salah saya hanya sebab saya gemuk!!! Saya pun teringin nak menyinta dan dicintai tapi rasanya org macam saya ni tak layak untuk menganyam kasih dengan insan yang bergelar lelaki...
    Aduhai!!! Sakitnya hati, hanya Tuhan yang tau dan rasa rendah diri saya semakin menjadi2... Saya kat sini bukan nak mintak simpati tapi nak meluahkan rasa hati agar diri tak tertekan lagi... Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati ini...

    Kalaulah ada antara kita yang mengalami situasi begini, pada pendapat saya memang banyak solution yang boleh di ambil. Antaranya mendapatkan nasihat dari pakar-pakar pemakanan. Amalkan pemakanan yang baik dan selalulah bersenam dengan kerap. Rawatan yang intensif memang menjemukan tapi pasti membuahkan hasil. Antara produk terhebat yang boleh mengurangkan berat badan 3-5Kg dalam masa 2 minggu jer ialah set Beutrem di GamatEmas

    Sunday, September 7, 2008

    Training ESQ 165 - A Spiritual Approaches

    Demi Matahari dan sinarnya di waktu pagi
    Demi Bulan apabila ia mengiringi
    Demi Siang apabila ia menampakkan
    Demi Malam apabila ia menutupi
    Demi Langit serta seluruh pembinaannya
    Demi Bumi serta hamparannya
    Demi Jiwa serta penyempurnaannya
    Allah Mengilhamkan sukma keburukan dan kebaikan
    Beruntunglah siapa yang menyucikan
    Merugilah siapa yang mengotorinya.





    Selama 3 hari kami mengikuti perjalanan kursus yang amat berbeza dengan kursus-kursus yang pernah kami hadiri. Tidak terfikir untuk menghadiri suatu training yang mengenakan bayaran yang begitu tinggi. Terima kasih kepada MBSB yang sanggup berhabis wang ringgit demi sebuah pembanggunan kerohanian.

    ESQ 165 adalah pembentukan Insan dari gabungan Intelektual, Emosi dan Kerohanian. Berdasarkan kepada konsep 1 Insan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Buat pertama kali kami ditunjukkan makna sebenar sebuah kehidupan.

    Selama ini kita mungkin telah mempelajari konsep asas agama Islam itu. Cuma mungkin tidak mendapat Hidayah dari Allah s.w.t, Tuhan Semesta Alam. Kita tidak dapat mengungkai maksud yang tersirat di sebalik Ajaran Islam yang mulia itu. Akibatnya, kita cuma melakukan ritual semata-mata tanpa memahami nilai-nilai dan makna sebenar yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

    Secara ringkasnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim merupakan contoh mudah jika konsep ESQ 165 diamalkan dan diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat. Beliau dengan penuh tawaduk dan rendah diri tidak pernah mengupah Body Guard atau Special Security untuk menjaga beliau. Walaupun begitu ramai musuh-musuh politik dan orang yang tidak menyukai beliau.

    Itulah tujuan training The ESQ 165 way yang membangunkan karekter atau jati diri Insan dengan mengembangkan potensi diri berpandukan dengan keimanan yang teguh dan jitu terhadap Allah s.w.t yang Maha Kuasa.

    Sehingga akhirnya akan lahirlah pemimpin atau kepimpinan yang Agong atau yang hakiki yang akan menjadi sebut-sebutan hasil dari sebuah peninggalan pusaka yang amat bermakna. Tidakkah akan bererti kehidupanmu?

    Untuk maklumat lanjut layari The ESQ 165 way

    Wednesday, September 3, 2008

    Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

    Seorang pengarah yang berjaya
    jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang
    ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang
    malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak
    berdaya.

    Malaikat memulakan
    pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu,
    maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan
    belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal
    dunia!

    Kalau hanya mencari 50 orang,
    itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan
    yakinnya.

    Setelah itu Malaikat pun
    pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas  waktu yang sudah
    disepakati.

    Tepat pukul 23:00, Malaikat
    kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi
    aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya
    lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan
    perkara susah.

    Dengan lembut si Malaikat
    berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu
    tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal
    60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang
    berdoa buat kesembuhanmu.

    Tanpa menunggu reaksi dari si
    pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa
    buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di
    sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk
    dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

    Kata Malaikat, Aku akan
    memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana
    doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan
    kesembuhanmu.

    Kembali terlihat dimana si
    isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya
    suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati
    pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia
    memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja
    untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong
    pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan
    seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang
    diri.

    Dan setelah itu isterinya
    berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang
    kelihatan cengkung karena kurang rehat.

    Melihat peristiwa itu, tampa terasa,
    air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini
    bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi
    anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan
    anak-anak padanya.

    Waktu terus berlalu, waktu
    yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin
    menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah
    terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47
    orang!

    Dengan sedihnya dia bertanya,
    Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku
    tidak ada yang berdoa buatku?

    Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa
    buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau
    derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong,
    mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau
    sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan
    kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah
    malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan
    si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

    Air matanya tambah deras,
    ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri
    yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si
    bongsu.

    Ketika waktu menunjukkan
    pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan
    penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu
    tepat jam 24:00.

    Dengan hairan dan tidak
    percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si
    Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan
    lalu.

    Bukankah itu Pusat Asuhan
    Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan
    bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya
    untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat
    luar negeri.

    Pagi tadi , salah seorang anak
    pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena
    stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin
    kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan
    akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat
    kesembuhanmu.

    Doa sangat besar kuasanya.
    Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita
    mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja
    padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita
    mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi
    dia.

    Disaat kita berdoa bagi orang
    lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan
    dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain...
    Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

    Kerana pahlawan sejati,
    bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya.
    Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU,
    datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!'

     


        semoga apa juga yang kita lakukan selama ini  dilakukan dengan penuh keikhlasan dan diredhai Allah S.W.T  ..... InsyaAllah...

        'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA'

    Tuesday, September 2, 2008

    Keuntungan Di Bulan Puasa

    Ramai orang sedang rancak berniaga dan mengira keuntungan yang akan mereka kutip sepanjang Bulan Ramadhan kali ini. Bagi yang pernah berniaga di bulan puasa pada tahun-tahun sebelum ini, pengalaman itu mengajar mereka.

    Semalam saya sempat singgah di Bazaar Ramadhan, Stadium Shah Alam, suasananya amat meriah dan begitu ramai sekali orang yang datang membeli-belah. Peniaga-peniaga rancak menarik pengunjung untuk membeli jualan mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian orang ramai.

    Itulah cabarannya berniaga di suatu kawasan yang menjadi tumpuan. Para peniaga perlu kreatif untuk melariskan jualan. Kebanyakan orang datang untuk membeli juadah berbuka puasa. Tetapi ada juga peniaga yang mengambil kesempatan menjual produk-produk lain seperti Belon untuk kanak-kanak, mainan dan pakaian.

    Peniaga-peniaga kecil sepatutnya membuat sedikit kajian tentang pola dan minat pembeli terlebih dahulu sebelum berniaga. Jika tidak, mereka terpaksa menanggung kerugian apabila hasil jualan tidak memberangsangkan.

    Itulah sedikit pandangan tentang keuntungan peniaga di bulan puasa. Begitu banyak Allah s.w.t bukakan pintu-pintu nikmat di bulan yang mulia ini. Hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal ibadat dengan istiqamah akan memperolehi keuntungan yang sebenarnya.

    Friday, August 29, 2008

    Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'


    Aug 29, 08 4:22pm

    Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang
    dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk
    Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan
    Rakyat hari ini.

    bullet buttonBajet 2009 - naik 5.1 peratus dari
    tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2
    bilion bagi peruntukan mengurus
    manakala RM53.7 bilion bagi
    peruntukan pembangunan.

    bullet buttonPeruntukan pengurusan - RM86.3
    bilion atau 56.6 peratus (pemberian
    dan kenaan bayaran tetap); RM38
    bilion (emolumen), RM26.5 bilion
    (perkhidmatan dan bekalan),
    RM2.4 bilion (pembelian aset)
    dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

    bullet buttonPeruntukan pembangunan -
    RM27.8 bilion (sektor ekonomi -
    pertanian, perindustrian,
    perindustrian dan infrastruktur),
    RM17.8 bilion (sektor sosial -
    pendidikan, kesihatan dan
    perumahan), RM4.1 bilion
    (sektor keselamatan), RM2.1
    bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion
    (simpanan luar jangka).

    bullet buttonBajet 2009 menumpukan kepada
    langkah-langkah yang akan memastikan
    kesejahteraan yang telah dibina
    selama ini terus terjamin dan
    untuk itu adalah penting
    diperkukuhkan daya tahan
    ekonomi supaya negara berupaya
    menangani kesan persekitaraan
    luar yang semakin sukar.

    bullet buttonBertemakan Kerajaan Prihatin,
    Bajet 2009 tertumpu kepada tiga
    strategi khusus iaitu, menjamin
    kesejahteraan rakyat, membangun
    modal insan berkualiti dan
    memperkukuh daya tahan negara.

    bullet buttonKerajaan akan melaksanakan
    pelbagai langkah bertujuan
    meringankan beban kos sara hidup,
    terutamanya ke atas golongan
    berpendapatan rendah dan yang
    kurang bernasib baik.

    Jaringan keselamatan sosial

    Kerajaan telah menaikkan tahap
    kelayakan pendapatan isi rumah
    bagi pemberian bantuan kebajikan
    di bawah Jabatan Kebajikan
    Masyarakat. Kelayakan pendapatan
    isi rumah kini ditingkatkan daripada
    RM400 sebulan kepada RM720
    sebulan untuk semenanjung,
    RM830 sebulan untuk Sarawak
    dan RM960 untuk Sabah.

    bullet buttonMenghargai jasa pesara, dan
    bagi membantu pesara
    berpendapatan rendah yang
    menghadapi kesukaran untuk
    menampung sara hidup harian,
    pesara kerajaan yang telah
    berkhidmat sekurang-kurangnya25 tahun
    akan menerima pencen tidak
    kurang daripada RM720 sebulan
    mulai 1 Januari 2009.

    bullet buttonKerajaan akan menubuhkan satu
    tabung khas berjumlah RM25 juta
    bagi menyalurkan pemberian
    kewangan kepada keluarga yang
    hilang punca punca pendapatan
    secara mengejut seperti akibat kemalangan.

    bullet buttonMemandangkan tanggungjawab besar
    ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan,
    kerajaan telah menaikkan jumlah
    Elaun Ibu Pelihara daripada RM600
    kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan
    ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

    Membasmi kemiskinan

    bullet buttonKadar kemiskinan dikurangkan
    dari 5.7 peratus pada 2004 kepada
    3.6 peratus pada tahun 2007.

    bullet buttonKerajaan telah menyediakan RM50
    juta dibawah Program Bantuan Rumah
    untuk membina 1,400 rumah
    baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

    bullet buttonUsaha akan terus diambil untuk
    meningkatkan pendapatan dan kualiti
    hidup rakyat di Sabah dan Sarawak,
    terutamanya untuk mempertingkatkan
    kemudahan asas, seperti bekalan elektrik,
    air dan jalan luar bandar. Untuk ini,
    RM580 juta disediakan bagi Sabah
    dan Rm420 juta untuk Sarawak.

    bullet buttonIsi rumah yang membayar bil
    elektrik RM20 dan ke bawah sebulan
    tidak perlu menbayar bil elektrik
    berkuatkuasa 1 Oktober 2008
    sehingga akhir 2009.

    bullet button Pertumbuhan Keluaran Dalam
    Negara Kasar (KDNK) Malaysia
    ialah 6.3 peratus bagi suku kedua
    2008, menjadikan pertumbuhan
    setengah tahun pertama tahun ini
    pada tahap 6.7 peratus.

    bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan
    dari RM350 kepada RM400 bagi
    pendapatan bercukai RM35,000.
    Ekoran itu 100,000 pembayar cukai
    dari golongan berpendapatan rendah,
    tidak lagi dikenakan cukai.

    bullet buttonDuti import atas beberapa barangan
    pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik -
    dikurangkan dari antara 10 hingga 60
    peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

    bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang
    bersendirian berenjin diesel milik individu
    dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar
    cukai jalan kenderaan berenjin petrol,
    mulai 1 September 2008.

    Orang Kurang Upaya (OKU)

    bullet buttonMemberi elaun RM150 sebulan
    kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

    bullet buttonMurid OKU di sekolah pendidikan
    khas akan ditambah dari RM50 kepada
    RM150.

    bullet buttonBayaran insentif RM200 sebulan
    untuk pembantu guru di sekolah
    pendidikan khas.

    Kakitangan kerajaan

    bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau
    minimum RM1,000 dalam dua bayaran
    pada September dan Disember ini.

    bullet buttonTempoh pinjaman perumahan dilanjutkan
    dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

    bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan
    bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak
    dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

    bullet buttonBuka panel insurans pinjaman
    perumahan kerajaan kepada semua
    syarikat insurans yang layak. Pada
    masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

    Pembangunan Koridor Pertumbuhan

    bullet buttonIskandar Malaysia - Peruntukan
    tambahan RM300 juta di bawah Dana
    Pelaburan Strategik disediakan bagi
    melaksanakan projek perkongsian
    sektor awam dan swasta, seperti
    pengangkutan, perkhidmatan kesihatan,
    pendidikan dan industri kreatif.

    Pelancongan

    bullet buttonKerajaan sedia peruntukan RM50
    juta untuk kerja pemuliharaan di
    Pulau Pinang dan Melaka, yang akan
    dikendalikan oleh badan bukan kerajaan
    dan sektor swasta.

    Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

    bullet buttonPeruntukan RM5.4 bilion untuk
    tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8
    bilion bagi belanja mengurus dan
    RM600 juta belanja pembangunan.

    bullet button Peruntukan RM200 juta bagi
    pembinaan ibupejabat, balai dan
    pondok polis di seluruh negara.

    bullet button

    Semua premis perniagaan yang
    memasang alat kawalan keselamatan
    di beri Elaun Modal Dipercepatkan
    yang boleh dituntut sepenuhnya
    dalam tempoh satu tahun.

    Pengangkutan

    bullet button

    K'jaan sedia kemudahan pinjaman
    mudah melalui dana pengangkutan
    awam RM3 bilion di bawah Bank
    Pembangunan Malaysia Berhad
    untuk biayai perolehan aset bas dan rel

    bullet button

    Pengurangan 50 peratus bayarn
    tol bagi semua bas, kecuali di pintu
    masuk sempadan iaitu Tambak
    Johor, Link Kedua dan Bukit
    Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun
    mulai 15 September 2008.

    bullet buttonKecekapan pengangkutan awam
    ditingkatkan melalui perbelanjaan
    RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

    Kesihatan

    bullet button Duti eksais spesifik ke atas rokok
    dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang
    - dari 15 sen kepada 18 sen.

    bullet button Dengan ini, cukai untuk
    sekotak rokok 20 batang kini
    meningkat sebanyak 60 sen.


    - Kadar bayaran insentif pakar
    perubatan akan dinaikkan untuk 3,800
    pegawai dengan perbelanjaan
    tambahan RM26 juta.

    bullet button Kadar bayaran insentif pasukan
    perubatan udara di Sabah dan
    Sarawak dinaikkan.

    bullet button Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran
    dinaikkan dari RM20 kepada RM30
    satu penerbangan pergi balik.

    bullet button Bagi jururawat pula, dari RM15
    kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

    CnP from Malaysiakini.com

    Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan

    Suatu masa dahulu, setiap kali pembentangan bajet oleh PM Malaysia. Semua tertunggu-tunggu dan menjadi tanda tanya tentang bonus yang akan mereka dapat. Anggota-anggota keselamatan seperti Polis dan Tentera merasakan mereka perlu di hargai. Pada bajet 2008 Polis mendapat kenaikan gaji yang paling menarik. Pada tahun ini kerajaan mungkin akan mengemukakan mekanisma baru dalam belanjawan. Bajet 2009 Malaysia akan memperlihatkan belanjawan kerajaan BN pimpinan Pak lah dan Najib yang mendapat tentangan dari pakatan Rakyat. Rakyat mahukan suatu pembaharuan yang meliputi pengurusan Sumber ekonomi negara secara berhemah.

    Berapa banyak patut anda dapat bonus tahun depan?. Dalam keadaan ekonomi negara yang lemah dan kadar infalsi tertinggi dalam tempoh 26 tahun. Apakah yang dapat kita harapkan. Kita harapkan kerajaan perihatin terhadap golongan berpendapatan rendah. Bajet 2009 di harap tidak menekan golongan petani dan nelayan.

    Bajet 2009 juga perlu memberikan lebih banyak insentif kepada pelabur-pelabur asing untuk menarik minat mereka melabur lebih banyak di Malaysia. Semakin banyak pelaburan semakin bertambah pendapatan kasar atau KDNK negara.

    Apa-apa pun, Bonus kakitangan kerajaan amat bergantung kepada pendapatan negara dan Cukai-cukai yang kerajan telah kumpul selama setahun. Jika kerajaan mengamalkan ketelusan dan pengurusan yang cekap. Tidak mustahil setiap orang anggota Kakitangan kerajaan akan tersentum lebih lebar di hari raya nanti.