Tuesday, September 2, 2008

Keuntungan Di Bulan Puasa

Ramai orang sedang rancak berniaga dan mengira keuntungan yang akan mereka kutip sepanjang Bulan Ramadhan kali ini. Bagi yang pernah berniaga di bulan puasa pada tahun-tahun sebelum ini, pengalaman itu mengajar mereka.

Semalam saya sempat singgah di Bazaar Ramadhan, Stadium Shah Alam, suasananya amat meriah dan begitu ramai sekali orang yang datang membeli-belah. Peniaga-peniaga rancak menarik pengunjung untuk membeli jualan mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian orang ramai.

Itulah cabarannya berniaga di suatu kawasan yang menjadi tumpuan. Para peniaga perlu kreatif untuk melariskan jualan. Kebanyakan orang datang untuk membeli juadah berbuka puasa. Tetapi ada juga peniaga yang mengambil kesempatan menjual produk-produk lain seperti Belon untuk kanak-kanak, mainan dan pakaian.

Peniaga-peniaga kecil sepatutnya membuat sedikit kajian tentang pola dan minat pembeli terlebih dahulu sebelum berniaga. Jika tidak, mereka terpaksa menanggung kerugian apabila hasil jualan tidak memberangsangkan.

Itulah sedikit pandangan tentang keuntungan peniaga di bulan puasa. Begitu banyak Allah s.w.t bukakan pintu-pintu nikmat di bulan yang mulia ini. Hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal ibadat dengan istiqamah akan memperolehi keuntungan yang sebenarnya.

1 comments:

sharer said...

Selamat Berpuasa.