Sunday, February 22, 2009

Masalah Gemuk.

Berat badan berlebihan seringkali dikaitkan dengan kegemukkan. Sesetengah orang menganggap Gemuk bukanlah satu masalah. Mereka membiarkan berat badan mereka meningkat dengan mendadak tanpa kawalan. Terutamanya tanpa mengawal pemakanan. Tanpa diet yang betul... berat badan dan badan yang gemuk sukar untuk di atasi lagi. Pengambilan diet yang tidak mengikut saranan dari pakar pemakanan boleh mendatangkan kesan yang lebih teruk apabila badan anda tidak lagi response dengan ubat-ubatan. akibatnya....pelbagai masalah lain akan di hadapi...contohnya penyakit kencing manis...jantung dan sebagainya.

Tuesday, February 10, 2009

Admiralz Buy A Football Club.

I never dreaming to have a football club. But in my search in the web... i found a club named with my preferred nickname..hahahah Go go Admiralz FC.. wanna beat MU some day...;))

Admiralz FC

Tuesday, February 3, 2009

Cara Mudah Dapat duit dengan buat Survey

Pada mulanya saya masih ragu-ragu untuk mencuba cara buat survey dan dapat duit ini. Tapi setelah berfikir panjang ....kenapa tidak. Ekonomi semakin meruncing jadi saya perlu pertingkatkan lagi usaha untuk mencari pendapatan tambahan. Kalau hanya sekadar membaca sepintas lalu ayat-ayat pancingan orang yang menjual e-book ini ternyata saya tolak mentah-mentah ... tetapi kerana ingin mencabar keupayaan diri sendiri...saya seolah-olah termakan umpannya. Tapi tak per... saya seronok untuk menyahut cabaran ini. Saya sedang merangka plan untuk mendapat RM1000.00 untuk bulan pertama saya sertai. kalau usaha saya gagal.... saya akan jadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus maju.... jika usaha saya berjaya.... saya akan kongsikan dengan anda rahsianya nanti...

Monday, January 19, 2009

Cari Kerja Kosong dan Jawatan Kosong

Kerja Kosong. Pendapatan Lumayan. Pada masa ini masa ini... peluang pekerjaan amatlah terhad. Banyak kilang-kilang dan perusahaan cuba untuk mengurangkan tenaga Buruh dan memberhentikan para pekerja ekoran dari kesan kemelesetan ekonomi global. Jawatan kosong yang ditawarkan pula amatla kurang. Rata-rata belia lepasan sekolah menengah akan cuba mendapatkan pekerjaan. Tapi bagaimana dengan tawaran kerja. Mereka layakkah untuk berkerja di sektor-sektor yang mereka suka. Kerja kosong di Kuala lumpur juga semakin sukar untuk di perolehi. Rata-rata majikan tidak berminat untuk membuka peluang pekerjaan baru. Kehadiran pekerja asing juga salah satu faktor kenapa para majikan kurang berminat untuk mengupah tenaga kerja tempatan.

Thursday, January 8, 2009

Mengantuk di pejabat

Kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas.

Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.


Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.

Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

  • Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

  • Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.

    Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.

  • Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.

    Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.

  • Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

    Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

    Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.

    Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.

    Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

  • Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.

    Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.

  • Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

    Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.

    Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

  • Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

    Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini.

    Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.

  • Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

  • Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

  • Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.

  • Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.

  • Dapat rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

  • Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.
  • Wednesday, October 22, 2008

    Control Emotional To Success

    DAY ONE : EMOTIONAL MASTERY

    Virtually everything we do is to change the way we feel. In many instances including from my own experience, this is perhaps the most important mastery you must possess. In many cases people with so many talents, skills, education background fail miserably in their lives because they were not able to control their emotions. When I first achieved my full financial independence, I didn’t know what else to do with my life and was looking for directions as to the meaning of life. Within an instant I destroyed all that I achieved then. I didn’t need to work because money was coming in every month and I had all I needed, nobody to work for and didn’t need to go anywhere. It can actually destroy you. Too many people let outside events take control of our emotions for no reason. Let me give you an example, the fact that your friend has now become more richer or more successful than you has left you ashamed and with a sense of defeat. Whereas this event is quite insignificant as you can change yourself and perhaps become even more successful in your life or perhaps you are already achieving more successes in other areas of
    Financial Mastery
    Time Mastery
    Goalsetting Mastery
    SUCCESS Rest&Play
    Mastery
    Prioritizing
    Mastery
    Computer
    Mastery

    7your life. Take advantage of your emotions and do not use it as hindrance to improve yourself. Give also priority on your spiritual needs. Visit more of your mosque, church, temple or whatever your beliefs are. Without this as a fundamental to your life, you will not find a purpose to your being, and everything else will fail automatically before you can even start realizing it.

    Thursday, October 9, 2008

    Mengapa Anda Menjadi Gemuk Dan Gemuk....

    "Mengapa badan saya semakin hari semakin gemuk?. Sedangkan saya tidaklah makan banyak sangat dan saya juga turut bersenam sekali sekala "...

    Di sini akan kita bincangkan misteri mengapa anda semakin hari semakin mudah gemuk.

    Anda mungkin fikir disebabkan pemakanan anda yang kaya dengan lemak menyebabkan anda gemuk. Ini mungkin separuh benar tetapi yang sebetul-betulnya ialah respons badan anda terhadap karbohidrat yang berlebihan menyebabkan badan anda menjadi gemuk sehingga sukar dikawal lagi. Pemakanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat (seperti roti, tepung dan makanan ruji) meningkatkan perembesan hormon insulin dari kelenjar pankreas. Bila paras insulin itu tinggi, makanan yang dimakan lebih mudah ditukarkan menjadi lemak badan dalam bentuk trigliserida. (Paras trigliserida yang tinggi sebenarnya merupakan antara faktor yang penting bagi mendapat penyakit jantung).

    Paras insulin yang tinggi bukan sahaja meningkatkan kolesterol dalam darah, malah ia menyumbangkan ke arah kegemukkan. Mengapa sedemikian? Kerana di dalam konteks ini, yang menjadikan anda gemuk bukan sahaja sekadar lemak, tetapi juga disebabkan oleh terlalu banyak gula di dalam pemakanan.

    Antara tugas hormon insulin ialah juga untuk menukarkan gula kepada glikogen, yakni sejenis bentuk penyimpanan gula di dalam badan. Glikogen disimpan di hati dan juga di bahagian otot badan. Apabila gula diperlukan oleh badan, glikogen akan ditukarkan kepada bentuk gula yang boleh digunakan oleh badan sebagai punca tenaga segera.

    Bila anda memakan gula dan karbohidrat, separuh dari gula itu digunakan untuk membekalkan tenaga pada badan, separuh lagi ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan. Hanya 2,000 kalori sahaja jumlah tenaga yang boleh disimpan sebagai glikogen, manakala lebihannya akan ditukarkan kepada lemak.

    Insulin juga akan menghalang lemak badan dari digunakan dari tempat simpanannya kerana badan anda sudah pun mendapat tenaga yang cukup darai pemakanan karbohidrat yang berlebihan itu. Dengan kata lain, insulin ialah hormon yang membuatkan anda menjadi gemuk. Ia pada dasarnya sejenis 'hormon penyimpan' yang menyimpan kemas lemak pada badan anda. Ia menukarkan separuh dari karbohidrat pada lemak untuk disimpan, membuatkan badan anda semakin susah untuk memecahkan atau menghilangkan lemak yang sedia ada.

    Kitaran makan berlebihan karbohidrat dan tindakan hormon insulin inilah sebenarnya penyebabnya anda gemuk di samping gaya hidup moden yang membuatkan anda leka dan tidak menjalankan cukup pergerakkan yang boleh membakar karbohidrat yang dimakan itu sehingga ianya disimpan sebagai lemak. Manusia sekarang ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menjadi mesin penghasil lemak jika terlibat dalam kitaran tersebut.

    Pemakanan yang tinggi karbohidrat dan gula akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah secara mendadak. Untuk mengatasi peningkatan tersebut, insulin dirembeskan ke dalam pengaliran darah untuk menurunkan semula paras gula yang tinggi tadi. Akan tetapi disebabkan insulin ini pada dasarnya merupakan 'hormon penyimpan', disebabkan ianya dirangsang oleh paras gula yang tinggi itu, akan menyebabkan insulin menggerakkan dengan agresifnya proses penukaran gula kepada lemak yang seterusnya disimpan. Di sini hampir separuh dari pemakanan karbohidrat yang dimakan akana ditukarkan kepada lemak badan. Peningkatan hormon insulin bukan sahaja menukar gula yang tidak digunakan kepada lemak, ianya juga memberitahu sel lemak badan anda agar tidak membebaskan lemak yang telah tersimpan. ini membuatkan hampir mustahil untuk anda menggunakan lemak badan anda untuk penghasilan tenaga.

    Kesimpulan di sini, lebihan karbohidrat tadi bukan sahaja ditukarkan menjadi lemak tetapi juga memastikan lemak yang sedia ada kekal disimpan pada sel lemak badan anda. Seperkara lagi, paras insulin yang tinggi turut akan merencatkan penghasilan hormon glukagon (sejenis hormon yang bertentangan kesan hormon insulin iaitu menggalakkan pembakaran gula dan lemak).

    Akhir sekali insulin juga menyebabkan anda berasa lapar setelah ia menurunkan paras gula tadi secara mendadak. Ini berlaku mungkin selang beberapa jam dari waktu anda makan sebelumnya. Jika anda mengalah pada perasaan lapar, maka anda akan makan semula dan kitaran ini berlaku berulang-ulang sehingga anda boleh diumpamakan sebagai mesin penghasil lemak. Selalulah ikuti blog ini untuk mengetahui kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan anda sevara sihat dan semula jadi.

    Jika anda rasakan posting ini bermakna untuk kawan-kawan anda... silalah hebah-hebahkan. Sesungguhnya menyebarkan ilmu yang berguna amat mulia disisi tuhan.